Iklan terbaik dari 8share

Wednesday, July 31, 2013

Thorax CT Scan 1 Ogos 2013

Esok 1 Ogos 2013 bersamaan dengan 23 Ramadan 1434 H. Maaf jika silap. Harap beri teguran. Saya rasa seperti baru minggu lepas kita menyambut kedatangan Ramadan. Syawal kian dekat. Cepat sungguh masa berlalu sehingga tidak terasa kita semakin berada dekat di penghujung Ramadan. Lebih kurang seminggu saja lagi. Apabila sudah berada di penghujung Ramadan ini kita semua termasuk saya jom sama-sama tingkatkan ibadah ya.

Sebenarnya saya agak risau. Esok saya perlu menjalani Thorax CT scan di bahagian kaki kanan saya di Hospital Umum, Sarawak (HUS). Saya menjalani Thorax CT scan kerana doktor pakar tulang mahu melihat hasilnya pada pemeriksaan susulan selepas hari raya nanti. Temu janji saya dengan doktor pakar jatuh pada tarikh 14 Ogos 2013. InsyaAllah.

Bentuk Thorax CT scan seperti di dalam gambar di bawah. Sebelum masuk dalam terowong Thorax CT scan nanti saya akan disuntik sedikit cecair yang membolehkan bahagian dalam kaki kanan nampak dengan jelas. Apabila cecair meresap ke dalam badan, tubuh badan akan rasa panas. Nama cecair/ubat itu saya tidak berapa ingat. 


Apapun saya harap hasil Thorax CT scan  itu nanti baik-baik sahaja. Doakan ya. :')

Friday, July 26, 2013

Ujian Dunia Jambatan Ke Akhirat


Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam! 

Detik berlalu meninggalkan kita. Saat yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216) 

Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari) 

Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati. Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT. Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji. 

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali-Imran, ayat 139)

Wednesday, July 24, 2013

Tarawih dan Hikmahnya


Apakah Solat Tarawih?
Solat sunnat yang dilakukan khusus hanya pada bulan ramadan. Tarawih dalam bahasa Arab adalah bentuk jama’ dari تَرْوِيْحَةٌ yang diartikan sebagai “waktu sesaat untuk istirahat”. Waktu pelaksanaan solat sunnat ini adalah selepas isya’, biasanya dilakukan secara berjemaah di masjid.

Hikmah Solat Tarawih
Malam #1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat ampunan dari Allah.
Malam #2
Dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.
Malam #3
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan solat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.
Malam #4
Pahalanya Setara dengan Membaca 4 kitab Sekaligus ( Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran ) untuk memperoleh pahala.


 


Malam #6
Allah mengurniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

Malam #7
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam #8
Allah mengurniakan pahala kepada orang solat tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.


Malam #9
Allah mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam #11
Anda akan keluar seperti baru dilahirkan dan bersih daripada dosa dan dunia (mati).
Malam #12
Allah datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam #13
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam #14
Malaikat datang menyaksikan proses solat tarawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat
Malam #16
Allah SWT tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke syurga.
Malam #17
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pahalaNya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam #18
Malaikat berseru, “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)”.
Malam #19
Allah SAW tinggikan darjatNya di dalam syurga Firdaus.
Malam #21
Allah membangunkan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam #22
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.
Malam #23
Allah SAW membangun sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam #24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.
Malam #26
Allah mengurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat. 

Malam #27
Allah mengurniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan melalui titi Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam #28
Allah SWT mengurniakan pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam #29
Allah SAW mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Tuesday, July 23, 2013

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. 

Mereka ialah: 


1. Ayahnya 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

(p/s; Duhai lelaki yangg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat, menutup aurat, dan pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 

2. Suaminya 

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 

3. Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.) 

4. Anak-anak lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

(p/s; Duhai anak-anak lelaki sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tidak terlepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 


Firman Allah S.W.T; 

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Thursday, July 18, 2013

Segmen 3 Doodle


Pemenang pertama : 1x Topup RM10 ber-package-kan 1x Doodle
Pemenang kedua : 1x Topup RM5 ber-package-kan 1x Doodle
Pemenang ketiga : 1x Doodle

Tamat : 5 Ogos 2013

2013 Giveaway from Farra Izzaty

Klik banner untuk join.


TAMAT PADA 20/07/2013

Tuesday, July 9, 2013

Manfaat Memperbanyakkan Istighfar

Lafaz bacaan Istighfar berbunyi "Astaghfirullah" atau lengkapnya "Astaghfirullahhal'adhim" merupakan kalimat yang sangat pendek dan boleh diucapkan dengan mudah. Namun demikian kalimat ini jika di baca secara rutin dengan setiap waktu dan kesempatan, lebih sesuai melaksanakan sembahyang, apatah lagi di bulan Ramadan, yang merupakan bulan keampunan, yang mana Allah membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada hamba-hambanya yang benar ikhlas untuk bertaubat selain dapat akan memberikan manfaat lain yang besar bagi si pelakunya.

Keutamaan, tuntutan manfaat Istighfar antaranya:

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Abu Hurairah pernah berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,

"Demi Allah, sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (HR. Bukhari)

DICINTAI ALLAH

Allah berfirman,
"Sesungghnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri." (al-Baqarah: 222)

DOSA-DOSANYA DIAMPUNI

Rasulullah bersabda, "Allah telah berkata,
"Wahai hamba-hambaku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (seberapa banyak dosanya)."

BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Allah berfirman,
"'Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka," (Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur." (Ali' Imran: 16-17)

MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERBUAT SALAH

Rasulullah bersabda,
"Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat." (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim)

MENGUSIR KESEDIHAN, MELAPANGKAN KESEMPITAN, MEMBUKA PINTU REZEKI

Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan berikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan dari setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

MENARIK ADZAB

Allah berfirman,
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazabkan mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazabkan mereka, sedang mereka meminta ampun." (al-Anfal: 33)

BERTAMBAH KESEJAHTERAAN

Allah berfirman,
"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan ana-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai." (Nur: 10/12)

Semoga dengan memperbanyakkan istighfar, Allah mengampuni dosa kita sama ada yang disedari atau tidak serta akan mengingatkan kita untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan.

Monday, July 8, 2013

Pesakit Gastrik Perlu Jaga Pemakanan Sepanjang Ramadan

Kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik biasanya meningkat ketika bulan puasa. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.

Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai ‘angin’.

Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan ‘merebak’ ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa ‘terbakar’ pada bahagian itu.

Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya, muntah.

Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.

Makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak. 

Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan tekanan boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit dan ubat tradisional yang mengandungi herba.

Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal. Ini penting terutamanya jika simptom tadi bermula sebelum bulan puasa, untuk memastikan kita dapat menunaikan puasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

Lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

Jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk ke pakar.

Ubat suntikan perlu diberikan jika perlu. Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan. Ini kerana ada beberapa jenis penyakit lain yang seakan gastrik dan boleh memudaratkan jika tidak dirawat dengan betul.

Ujian ultrasonigrafi atau pemeriksaan bahagian perut, ujian darah dan ujian elektrokardiografi untuk jantung perlu dijalankan untuk memastikan masalah utama hanyalah gastrik dan bukan penyakit lain.

Jika benar, satu prosedur iaitu OGDS atau endoskopi perlu dijalankan. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenalpasti berapa banyak kawasan yang terbabit.

Selain itu, melalui endoskopi ini, pakar dapat memastikan tiada komplikasi seperti ulser dan pendarahan dalam usus berkenaan. Sampel daging usus juga akan diambil untuk memastikan gastrik itu disebabkan oleh jangkitan kuman atau bukan. 

Jika gastrik dibiarkan dan menjadi luka yang lebih dalam, ia dipanggil ulser perut. Simptom ini hampir sama dengan gastrik, akan tetapi sakitnya lebih teruk dan najis boleh berubah menjadi hitam seperti arang. 

Pesakit juga boleh mengalami muntah darah. Rawatan kecemasan dengan pemberian ubat dan endoskopi perlu dilakukan serta merta untuk memastikan tiada pendarahan yang banyak daripada luka pada ulser itu.

Bagi sesiapa yang menghidap gastrik, penting untuk menjaga pemakanan sepanjang bulan Ramadan nanti. Pastikan anda sahur untuk mengelakkan perut kosong dan tiada makanan yang boleh dicerna oleh jus usus.

Ketika berbuka, elak makanan yang boleh merangsang rembesan jus usus dengan banyak. Jika perlu, ubat untuk mengurangkan jus usus perlu diambil ketika sahur dan berbuka untuk mengawal pengeluaran jus itu. 

Cuba untuk bertahan sehingga waktu berbuka terutama seminggu pertama bulan puasa. Jika anda gagal berpuasa penuh pada seminggu pertama, kemungkinan besar anda tidak akan berjaya puasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

Thursday, July 4, 2013

7 Kedahsyatan Ayat Kursi

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
  4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Semoga Bermanfaat buat semua...Tolong sebarkan denganikhlas...

Assalamualaikum.

Monday, July 1, 2013

Senyum Sokmo Cik Da

Masuk sahaja ke blog Cik Da dan baca beberapa entri yang ditulis oleh beliau, saya berasa suka dan senang dengan hasil penulisan beliau yang santai dan bersahaja. Di blog, beliau banyak berkongsi pengalaman beliau sendiri, pelbagai tips, serta nasihat dan motivasi yang memberi pengajaran yang amat bermakna buat saya... Blog beliau yang kemas ini juga banyak menceritakan kisah 2 orang anaknya yang comel. 

Jadi jom singgah blog Cik Da.